Green Horizontal Stripe Pointer

Suami Yang Kubenci

#BAB 2

"UWAIS!!!"

Hannah mengetuk pintu bilik Uwais sekuat hati. Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri semenjak seminggu yang lalu, tetapi dia tidak rela  menjadi isteri dalam erti kata sebenarnya kepada lelaki murahan seperti Uwais. Bukan sedikit wang yang datuknya bayar supaya lelaki itu mengahwininya. Kalau tidak disebabkan  terdesak, dia pun tidak ingin bersuamikan seorang penjual burger!

"Apa hal awak ni? Pagi-pagi lagi dah kecoh!" Uwais sudah tersembul di muka pintu. Lelaki itu tidak berbaju, hanya memakai seluar pendek sahaja. Hannah sedikit malu melihat keadaan Uwais yang sebegitu. Tapi.... boleh tahan juga seksi badan dia...Isy! Apa yang aku merepek ni? Dia pandang muka Uwais yang kusut. Huh! Membuta aje kerjanya....

"Awak pancitkan tayar kereta saya, ya?"
"Kalau betul kenapa?" Wajah Uwais macam orang tidak bersalah. Rambutnya yang tercacak macam kena elektrik digaru-garunya.
"Saya nak awak tukar tayar kereta tu sekarang. Sebab awak, saya dah lambat pergi kerja pagi ni tau!"
"Tak tahu...." Uwais mencebik. Dia kembali menutup pintu bilik.
"Hey! Uwais!!! Tukar tayar kereta tu!!!" jerit Hannah. Pintu diketuknya lagi. Ikutkan hati, hendak saja dia bom pintu bilik itu. Biar padan muka Uwais tidak dapat tidur!

"Awak buatlah sendiri....Saya nak tidur!" Terdengar laungan Uwais dari dalam bilik.

Hannah rasa hendak menjerit sekuat hati. Sudahlah pagi itu dia ada mesyuarat, mana dia hendak letak muka kalau dia sampai lewat? Mahu tak mahu, dia terpaksa naik teksi pagi itu. Kali ni awak menang. Uwais.... Tengoklah nanti!

Sejak bergelar isteri Uwais, hidupnya tidak pernah aman lagi. Mulai hari ini, dia takkan makan burger lagi! Itu salah satu daripada kempen anti-Uwais Ukasyah-si penjual burger!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"KAU cakap macam tu? Ya Allah, Hannah...Kau tak boleh buat macam tu, dia tu suami kau, Hannah....! Lagipun, kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit pun...! Kau dah rosakkan kereta dia, then, kau marah dia lagi. Kau tak takut dosa ke?"

Hannah telan air liur.Eeee....aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak.Agak-agaknya, aku ni dapat masuk syurga tak ni...! Alahai, apasal aku rasa semacam aje ni...?

"Mai...aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu."

"Salah Uwais tu jugak, dia yang cabar aku...salah aku ke? Kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la, kan? Sebab dia yang suruh...." Hannah tidak mahu mengalah. Maira, sepupunya itu menggeleng. Bercakap dengan Hannah Maryam umpama bercakap dengan batu, tak de maknanya!

"Kalau tuk ayah tahu kau buat macam tu, siaplah kau...!"
"Beranilah dia nak mengadu..."
"Hai...tak habis lagi? Bila nak insaf kau ni? Belajarlah merendah diri, Hannah. Kalau tak dengan orang lain pun, dengan suami sendiri cukuplah. Apa masalahnya dengan Uwais tu? Sebab dia orang kampung? Atau...sebab dia cuma jual burger? Setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal, Hannah. Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku Muiz tukan? Hmmmm...kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana, Hannah. Bukan dapat bawak masuk kubur pun...."

Maira meluahkan rasa tidak puas hatinya. Hannah memang macam tu, sikap angkuh dan sombongnya itu bukan baru. Dari zaman sekolahnya dulu pun, semua kena sempurna. Hendak berkawan dengan yang pandai sahaja, anak VIP dan hendak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya. Alih-alih, tidak jadi juga....Baru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur...Pun masih tidak sedar diri lagi?

"Kau datang bilik aku ni, sebab nak bagi tazkirah ni ke? Aku tak de mood la nak dengar...."Panas telinganya bila disindir.

Maira mengeluh.

"Aku datang cuma nak hantar laporan kewangan, tu aje. Kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? Kalau tak nak dengar nasihat...lain kali zip aje mulut tu. Lagipun, tak elok jaja hal rumah tangga kat orang, tau!"Maira bangun dari kerusi. Tiada tujuan lagi dia berada di bilik CEO itu.Kalau tidak mengenangkan mereka sepupu, tidak mahu dia masuk campur.

Hannah bangun dari kerusi. Sebenarnya apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam? Seingatnya sebelum berkahwin lagi mereka selalu bertikam lidah. Bezanya seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais. Secara rasminya, dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami.

Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? Tidak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu. Dia tidak cintakan Uwais, jauh sekali hendak berkasih sayang. Dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami, tetapi macam mana dia hendak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya lelaki itu tidak sempurna? Berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir dari Allah. Bagaimana dia hendak paksa dirinya sukakan orang yang dia tidak suka?

Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? Baik tu ayah, mahupun saudara-maranya....tiada! Mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup, mereka akan memahami keadaannya sekarang..Tetapi sayangnya, mereka hanya hadir dalam mimpinya sahaja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LEWAT petang itu, Hannah tiba di rumah. Sebaik keluar dari perut teksi, dia mengatur langkah. Pintu pagar dibuka. Bila dia melihat Mini Cooper hijau milik Uwais tiada di garaj, hatinya merasa lega. Dia tidak peduli kemana Uwais pergi, yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh.

Hannah berhenti melangkah bila  melewati kereta Audi miliknya. Dahinya berkerut seketika. Spontan dia membelek tayar keretanya yang tidak lagi kempis. Mungkinkah Uwais menukar tayar kereta itu? Tetapi... kunci kereta dia bawa ke pejabat? Melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu.

"Whatever!" Hannah malas hendak fikir. Kalau semuanya okay, dia tidak ada sebarang kes untuk merungut. Bukannya dia suka sangat bergaduh dengan Uwais.

Hannah meletakkan briefcase dan beg tangan diatas sofa. Dia kemudian ke dapur, membuka peti sejuk dan mencapai sebotol air mineral. Sewaktu peti sejuk ditutup, dia melihat sehelai kertas ditampal di dinding peti sejuk. Kertas betulis sesuatu itu diambil lalu dibaca.

Malam ni saya balik lewat, kunci saya ada bawa.
Kalau awak lapar, sebelum saya keluar petang tadi saya dah buatkan cheese burger untuk awak.Makan kalau lapar...Awak tu bukan pernah masak pun!
Saya letak dalam microwave..Pandai-pandai lah panaskan sendiri...
p/s:Saya minta maaf pasal semalam...

Hannah terkedu. Zap!  Sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik. Dia mintak maaf? Biar betul ni....!

Hannah sedikit senyum. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia senyum. Mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf.

Hannah membuka microwave. Ternyata   memang ada burger keju yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran. Masih panas lagi kerana Uwais meninggalakan microwave itu terpasang normal. Nak buat baik la konon...! Memang aku malas nak memasak pun...! Ada aku kisah?

"Nampak sedap tapi...bukan aku tengah boikot burger ke?" Hannah berfikir seketika. Kalau dia makan buger ni, apa pandangan Uwais agaknya? "Huh, mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat." Dia bercakap sendirian.

Penat dan lapar. Hendak masak memang sudah malas sebab sudah terlampau penat! Hendak pula sekarang dia sedang berhadapan dengan burger!Ya....burger.Makanan 'terlebih' khasiat inilah makanan kegemarannya.Apa yang dia hairan, kenapa dia sukakan burger tetapi dia tidak mampu hendak sukakan penjual burger itu?

"Nak makan ke tak ni?"

Hannah mengeluh. "Makan Hannah, sebab kau dah terlalu lapar.........."

Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan.

"Jangan Hannah!!!!"

"Pulak? Sebab apa pulak tak boleh? Langkahnya mati.Berfikir lagi......

"Kalau kau makan, maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang buatkan....Uwais? Takkan kau dah lupa...Si penjual burger?"

"Ya tak ya...Nanti mesti dia ingat kau teringin sangat nak makan burger dia ni...."

Hannah renung pinggan di tangan. Perut makin lapar dan burger itu kelihatan lazat dan cukup menggoda. Makan sajalah!

Baru sahaja dia hendak duduk di meja makan,kakinya tersadung kaki kerusi.

Pang!

Pinggan di tangan jatuh. Hannah terkebil-kebil memandang burger yang sudah tidak macam burger.Terpenyek habis.

"Jatuhlah pulak! Huishh...memang tak de rezeki. Ni mesti penjual burger tu tak ikhlas bagi kat aku!

2 comments:

  1. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 55 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete