Green Horizontal Stripe Pointer

Suami Yang Kubenci

#BAB 1

DUM!!
Pintu kereta ditutup sekuat hati."Hah!Mengamuklah lagi,pecahkan sekali cermin kereta ni.Kalau tak puas hati lagi,awak bakar aje terus kereta saya ni..."

Sindiran itu membuatkan Hannah membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah.Ini dah kira mencabar kesabaran aku...Apa,ingat aku tak berani?

Dia menanggalkan kasut tumit tingginya.Tanpa menunggu lama,Hannah mengayunkan kasut LV yang baru sebulan dibelinya itu.Hambik kau!Cabar aku sangat, kan?

Prang!!!

Hannah senyum puas.Kereta warna hijau itu sudahlah buruk, dan sekarang sudah tidak bercermin hadapan lagi...Padan muka Uwais! Dasar penjual burger tak sedar diri!

Uwais ternganga. Habislah!!! Sekali dia buat betul! Kereta Mini Cooper hijau sudah berderai cermin hadapannya.Rasa berpinar-pinar matanya. Tidak!!!

"Hannah!!! Apa awak buat ni?"
"Awak yang suruh, kan?Why? You want me to burn this car? Kejap...saya pergi ambil minyak tanah,ya?"
"Arrrgghhhh!!! Kenapalah saya dipertemukan dengan perempuan gila macam awak ni!!!"marah Uwais.
"Apa awak cakap? Perempuan gila??? Hello...not me but you! Ingat saya hadap sangat lelaki macam awak ke?Kalau tak sebab saya sayang keluarga saya, tak denya saya nak kahwin dengan lelaki macam awak tau...!"Hannah merenung Uwais dari atas sampai bawah. Pandangan yang penuh kehinaan.

"Awak bercakap macam awak tu bagus sangat! Awak patut bersyukur saya ambik awak sebagai isteri.Kalau tak sebab saya akad awak malam tu, satu dunia akan tahu yang awak tak jadi kahwin sebab tunang terbaik awak tu kena tangkap basah dengan perempuan lain!"

Jeritan Uwais bergema.Hannah terkedu.Wajahnya memerah.Kenapa mesti peristiwa seminggu yang lalu diungkit lelaki itu? Aku benci kau Uwais Ukasyah!!! Kenapa mesti kau? Kenapa bukan orang lain? Aku lebih rela tak kahwin daripada jadi isteri kaulah! Tetapi apa boleh buat. Memang malang nasibnya bila orang yang dipuja rupanya menipu dan penggantinya pula orang yang dia tidak suka!

"Cakaplah kuat lagi! Biar satu taman perumahan ni dengar...baru awak puas hati dapat malukan saya, kan?"Hannah segera masuk ke dalam rumah.

Uwais meraup wajahnya. Dia memandang sekeliling. Lega bila tiada yang melihat pergaduhan mereka berdua di luar rumah itu. Ini bukan pertama kali mereka bergaduh...pantang bertemu, mesti bertikam lidah.

Bukan dia tidak redha beristerikan Hannah Maryam. Memiliki isteri secantik Hannah, bahkan datang daripada keturunan yang baik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki. Hakikatnya, cantik sahaja tidak cukup!

Uwais merenung kereta antik miliknya. Dicongak-congak duit yang tinggal dalam akaun bank. Paling tidak dia perlukan empat ratus ringgit untuk baiki kerosakan itu. Apalah malang nasib aku hari ni...

Mata Uwais terpandang kereta Audi milik Hannah. Ikutkan akal jahatnya, hendak saja dia pecahkan cermin hadapan kereta mewah itu. Lagipun, Hannah tentu tidak bermasalah untuk membaikinya. Maklum saja, sebagai CEO syarikat milik keluarga,  gaji Hannah berkali-kali ganda berbanding pendapatannya. Itu salah satu faktor kenapa isterinya yang 'solehah' itu begitu angkuh di hadapannya.

Uwais mendekati kereta Audi berwarna silver itu. Namun niat jahatnya dibatalkan. Dia tidaklah seteruk itu. Baik buruk Hannah pun masih lagi bergelar isterinya.

"Tapi kalau macam ni okey kut...!" Uwais senyum sambil tangannya membuka nak tayar kereta itu. Dikeluarkan semua angin dari dalamnya. Aku nak tengok apa budak sombong tu nak buat...


5 comments:

  1. bab seterusnya?Hehehehe nice story *thumbsup*..tuan blog cepat cepat lah buat bab 2 pulak.Hawa dah tak sabar nak baca :D

    ReplyDelete
  2. Hawa ,okay :) Tunggu Bab ke 3 ^^

    ReplyDelete
  3. suke baca novel , nice share :)

    ReplyDelete
  4. Hua! Bestnya! Kita dah ketinggalan zaman baca novel ni. Huhu.. Btw, best!

    ReplyDelete