Green Horizontal Stripe Pointer

Semua orang ada hati dan perasaan


Allah telah menganugerahkan kepada semua orang sekeping hati. Dan didalam hati tersebut ada perasaan. Jagalah hati dan perasaan orang jika kita ingin orang menjaga hati dan perasaan kita. Perempuan dengan lelaki, dua-dua manusia. Dua-dua makhluk Allah. Dan dua-dua ada hati dan perasaan. Cuma mereka berlainan jantina. Tetapi hati mereka juga lain-lain. Wanita, Allah telah mencipta mereka mempunyai hati yang lembut seperti kapas dan sehalus seperti sutera juga mudah tersentuh. Wanita, apabila hati dia dilukai, dia akan cuba membuat senyuman palsu walhal dia sendiri tahu senyuman palsu itu akan memberi luka kepada diri dia sendiri. Tetapi, dia sanggup mengambil risiko untuk bersedih dan menanggungnya bersendirian kerana dia tidak mahu orang di sekelilingnya risau jika melihat dia sedang bersedih. Lelaki pula, Allah telah menciptakan hati mereka sekeras seperti batu dan seteguh seperti kerikil. Tetapi, ada seorang perempuan yang boleh melembutkan hati lelaki daripada keras seperti batu berubah menjadi lembut seperti tisu. Dan perempuan selalu berfikir bahawa lelaki tidak pernah menangis dan tidak akan menangis kerana seorang wanita. Lelaki sebenarnya juga menangis cuma bukan pada zahir, kadang-kadang mereka menangis tetapi di dalam hati je. Hanya Allah yang tahu. Lelaki juga akan menangis apabila hati mereka dilukai dan cinta mereka dikhianati. Cuma dia menangis tapi dia tidak tunjuk pada orang sekeliling dia. Kadang-kadang lelaki ini selalu bertanya kenapa kaum Hawa ini suka menangis walhal benda itu benda yang remeh? Yang tidak penting? Sebenarnya perempuan menangis bukan untuk membazirkan air mata mereka, cuma pada saat itu dia tidak boleh lagi berkata-kata dan hanya air mata yang mampu diungkapkannya. Lelaki juga sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan air mata. Tetapi, lelaki itu tidak sedar kerana segagah-gagah dan perwiranya seorang lelaki,dia pasti akan menangis satu hari nanti dan mengalirkan air mata syahdu. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan air mata seorang lelaki. Pelik tapi itulah hakikatnya....

Kita juga hendaklah jaga percakapan kita sebab sekiranya kita tersalah cakap, kita akan melukai hati seseorang tanpa kita sedar ataupun secara sengaja. Ingatlah, berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang nanti, bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu walaupun sudah dicabut tetapi tetap meninggalkan bekas. Macam itu juga jika kita tersalah cakap, walaupun kita telah meminta maaf, tetapi perkataan yang kita lontarkan pada dia tetap berbekas di hati. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Ingatlah juga, kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera.

Apa benda paling tajam? Di dunia orang cakap benda yang paling tajam adalah pisau,parang dan keris. Setajam-tajam  pisau,parang dan keris, tajam lagi lidah. Sebab apa? Sebab lidah boleh mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat seseorang itu gembira atau terluka. Bila pisau terkena tangan, keluar darah, kita boleh ubatinya tapi kalau hati kita terluka, belum tentu ada penawarnya :)


That's all! Thanks for reading :)

Sincerely by me,
Hani

No comments:

Post a Comment