Green Horizontal Stripe Pointer

Jangan Sombong!


Manusia,kadang-kadang ada di antara mereka yang bersikap bongkak,angkuh dan sombong. Ada di antara mereka yang sombong sebab mereka kaya. Ada pula yang sombong sebab mereka cantik. Ada yang sombong sebab mereka pandai dan macam-macam lagi.

Manusia manusia.......Mereka lupa, setinggi gunung mana pun harta mereka, secantik mana pun rupa mereka, sepandai mana pun mereka, ingatlah, kita diperbuat dari tanah....Tanah yang sama....
Bukan orang kaya diperbuat dari tanah mahal,orang miskin diperbuat tanah murah.
Bukan orang cantik diperbuat dari tanah yang subur dan bukan orang hodoh diperbuat daripada tanah yang buruk.

Wahai orang kaya,orang cantik dan orang pandai, janganlah engkau sombong. Itu semua adalah anugerah dari Allah. Engkau patut mensyukuri di setiap pemberiannya. Bukan menggunakan dengan benda yang tidak berfaedah dan di murkai Allah. Apa yang saya maksudkan dengan dimurkai Allah adalah:

Bagi orang kaya:
Dia menggunakan hartanya ke jalan yang tidak benar. Contoh seperti selalu membazirkannya dengan berclubbing, minum arak, dan lain-lain (perkara yang negatif)

Bagi orang cantik:
Dia menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki lain dan juga menghina dan mencaci orang-orang yang tidak cantik sepertinya.

Bagi orang pandai:
Dia kedekut ilmu dan dia menggunakan ilmu dia ke jalan yang tidak benar.

Ingatlah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita dikembalikan. Allah telah menanugerahkan mereka menjadi seorang yang kaya, cantik dan pandai. Tetapi  sayangnya ada sesetengah di antara mereka bersikap SOMBONG! Sesungguhnya Allah murka dengan sikap SOMBONG!
Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik nikmat yang Dia beri itu sekelip mata jika kita tidak menghargainya dengan betul.Astaghfirullahalazim.

PERINGATAN:
Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita bergolek sendiri masuk ke dalam kubur.

Bila kita sombong, ada ke orang nak kawan dengan kita? Hmmm fikir-fikirkanlah dan selamat beramal ^_^

That's all! Thanks for reading :)

Sincerely,

No comments:

Post a Comment