Green Horizontal Stripe Pointer

Kelebihan Air Kosong/Air Putih

Tahukah anda tentang kelebihan dan khasiat air kosong? Mungkin ramai di antara anda tidak tahu tentang kelebihan dan khasiatnya. Mari kita lihat kelebihan meminum air kosong.

1.Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita di luar sana yang sedang berdiet. Air putih tidak mempunyai kalori, gula ataupun lemak dan ianya ternyata mampu mengurangkan berat badan.

2.Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3.Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti 8 gelas sehari setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit.

4.Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat kanser tapi ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5.Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Kita mungkin dapat bertahan jika tidak makn beberapa hari namun tidak dapat bertahan jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi bdan tubuh mereka.

6.Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekali gus mengakibatkan kulit yang kering dan berkedut.

7.Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8.Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

That's all! Thanks for reading :-)

1 comment:

  1. betul betul tapi kita susah skit nk inum air kosong. huhuhu :)

    ReplyDelete