Green Horizontal Stripe Pointer

Suami Yang Kubenci

#BAB 6

Hannah memang terkejut bila mendapati semua ahli keluarga yang hadir memakai pakaian yang dibanggakan Uwais. Pak ngah dan tuk ayah siap pakai jubah pula tu! Itu belum dikira dengan Maira dan anak-anaknya yang pakai baju kurung warna sedondon.

"Along? Biar betul!!! Apasal pakai baju macam nak pergi Anugerah Skrin? Salah channel ke apa?" Putera, adiknya yang bongsu sememangnya bermulut celopar tiada  insurans itu menyoal dari jarak dua meter. Mahunya satu rumah itu tidak dengar suara Putera yang kuat mengalahkan petir.

Muka Hannah sudah memerah. Argghhh!!! Kenapa jadi macam ini pulak? Dia toleh pada Uwais. Lelaki itu buat tidak tahu sahaja, siap pergi bersalam dengan bapa-bapa saudaranya.

Hannah masih tidak bersuara. Semua mata seakan berpakat memandangnya. Mastura yang muncul bersama Mak Usu Sara turut tenganga. Amboi...! Bukan main lagi Mastura, siap pakai tudung? Apa sudah jadi dengan gourmet dinner yang selalu diadakan sebelum ini?

"Along? Apasal pakai nigtdress ni?" tanya Mastura dengan suara berbisik sebaik sahaja berdiri di sisinya.

"Manalah along tahu, biasakan tuk ayah buat gourmet dinner...Ni apa kes pulak? Semua pakai macam nak buat kenduri doa selamat aje? Takkan kau nak bertunang kut?"

"Bertunang tu dah semestinya, tapi bukan malam ni...Coming soon...Tak de lah! Saja tuk ayah tukar angin. Dia kata lebih baik kita tukar gaya Barat kepada tradisi...Lagipun abang long yang cadangkan semua ni. Kalau nak tahu, ada lagi suprise yang lain...."

Hannah kerut dahi? Abang long?

"Siapa pulak abang long tu? Memandai-mandai aje...."

"Along ni, suami sendiri yang bagi cadangan pun tak tahu. Dah lah along, baik pergi tukar baju. Tuk ayah dah pandang semacam aje tu....! Nasib baik ahli keluarga kita aje....kalau ada orang kampung yang datang macam mana?"

Hannah tidak tunggu lama. Dia segera menghampiri Uwais yang sedang berbicara dengan Mak Usu Sara, adik bongsu arwah papanya.

"Sayang.....sini kejap.....!" gamitnya.

"Amboi...tak boleh Mak Usu nak bermesra sekejap dengan suami dia. Hah, Uwais...isteri kamu dah panggil tu hah...." Dia sedaya upaya mengukir senyuman manis bila diusik begitu. Sayang sangatlah!

Uwais terkejut juga bila dipanggil 'sayang' tadi. Itulah nada paling lembut yang pernah dituturkan oleh Hannah padanya. Tetapi sayang...semua itu sekadar lakonan hipokrit!

"Kenapa?"

"Nak ajak awak bergaduh....tapi kat bilik sayang...." sindirnya degan suara seakan berbisik. Dia menarik tangan Uwais supaya mengekorinya ke bilik.

"Bilik bukan tempat orang bergaduhlah...nak pulak bagi orang yang baru kahwin macam kita ni."

Uwais senyum nakal tetapi Hannah sekadar menjeling. Disgusting!

"Kenapa awak tak cakap kat saya?" soal Hannah sebaik sahaja pintu ditutup.

"Cakap apa?" Uwais tayang muka selamba. Muka seakan tidak bersalah itu menambahkan lagi geram di hati Hannah.

"Awak memang sengaja kan? Oh, saya tahu....Awak seronok bila saya dapat malu kan? You are so mean!!!" Bantal kecil di atas katil spontan dibaling ke arah Uwais. Sebal hatinya bila lelaki itu berjaya mengelak. Makin sakit hati bila Uwais senyum seakan mengahantar isyarat, 'padan muka kau Hannah!'.

"Eleh, cakap orang putih konon.....! Pasal sikap berlagak awak tu la yang awak sampai termalukan diri sendiri. Pernah dengar tak simpulan bahasa 'bodoh sombong'? Mesti tak pernah kan? Macam perangai awak nilah, dah salah sendiri lepas tu menyalahkan orang lain......"

"Eee....awak tahu tak kenapa saya benci sangat kat awak?"

"Tahu....sebab saya selalu nampak lebih pandai daripada awak kan?"

"For God sake, awaklah lelaki paling menyakitkan hati yang pernah saya jumpa. Sekarang lebih baik awak keluar dari bilik ni, saya meluat tengok muka awak!"

Uwais jongket bahu. Dia memegang tombol pintu. Berpaling seketika memandang Hannah yang duduk di birai katil dalam keadaan masih marah padanya.

"Cepat tukar baju tu, kejap lagi nak solat pulak....." Sempat pulak dia berpesan.

"Keluarlah!!!!!" jerit Hannah.

Uwais merenung tajam ke arah Hannah. Riak wajahnya seakan menahan satu perasaan marah bila ditengking isterinya sebegitu. Uwais menarik nafas seketika. Ikutkan marah, apa sahaja perkataan dan perbuatan yang tidak baik akan dilakukan sesiapa sahaja. Anggap saja yang dia tidak sengaja,Uwais.....pujuk hatinya.

Uwais keluar dari bilik.

Hannah segera bangun dan membuka almari pakaian. Dia mencari-cari kalau masih ada pakaian lamanya di dalam almari itu. Seingatnya, dia memang tidak memiliki banyak baju kurung. Lagipun sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dalam, dia telah dihantar belajar ke luar negara dan jarang pulang sekalipun untuk berhari raya. Biasanya, tuk ayah sendiri akan membawa adik-adiknya melawatnya di UK.

Akhirnya Hannah menarik laci di bahagian paling bawah. Dia terkedu bila melihat masih ada pakaian lama arwah ibu yang pernah disimpannya di situ. Ditarik satu daripada lipatan pakaian di situ. Baju kurung bercorak batik warna biru laut diciumnya kejap. I really miss you, mama..... Setitik air matanya mengalir. Kerinduan itu lebih menyakitkan berbanding kebenciannya kepada Uwais. Rindu yang hanya tinggal rindu.... Kenapa nasibnya begitu malang? Tiada ibu bapa untuk menyayanginya lagi...tiada juga lelaki yang ikhlas sayangkannya....

Sayup-sayup dia mendengar laungan azan dari luar bilik. Suara merdu pangilan menghadap Ilahi itu menyentuh jauh ke sudut hatinya.Siapa ya? Seakan menghilangkan segala kesedihan yang menyinggah. Tanpa berlengah, Hannah segera menukar pakaiannya. Dia memilih baju batik rona biru itu. Dia perlu segera berkumpul bersama ahli keluarga yang lain untuk menunaikan solat sekalipun kewaijpan itu jarang-jarang dia tunaikan.

Sampai di ruang tamu dia lihat semuanya sudah bersedia membuat saf. Hannah memakai telekung dan kemudian duduk di sebelah Atikah, adik sepupunya.

"Along, dengar tak azan tadi?" bisik Atikah.

"Dengar....sedap suara tu. Siapa yang azan?"

"Abang Uwais....bertuah akak. Suara dia sedap mengalun azanm dah tu....boleh jadi imam lagi. Mesti akak seronok kat rumah, kan.....dapat berjemaah dengan suami tiap-tiap hari....?" puji Atikah.

"Syyyy....orang dah mula solat...." Hannah sempat menilik di barisan saf lelaki. Dia nampak susuk tubuh memakai baju Melayu berwarna biru di mihrab imam. Memang dia!

Suara bacaan surah Al-Fatihah kedengaran. Sekali lagi dia dipagut rasa syahdu yang sama seperti ketika mendengar azan tadi hingga menghilangkan rasa marahnya yang tadinya membuak.

-------------------------------------------------------------

"BILA kamu senang...datanglah selalu ke sini, Uwais. Tuk ayah ni kadang-kadang rasa bosan jugak bila duduk sorang-sorang....Mastura dengan Putera sekolah, Maira dengan Atikah pun hari minggu saja datang ke sini...Cucu-cucu yang lain tinggal jauh. Bila usia dah senja macam ni, rindu pulak nak bermesra dengan cucu-cicit...."

Bicata Tan Sri Idris dibalas dengan anggukan. Usai solat mereka semua duduk di meja makan untuk menikmati makan malam.

"Hah...hidangan kita malam ni istimewa tau! Tuk ayah tempah khas dari Hotel Swiss Garden, tapi masakan kampung. Ikan bakar dari Ana Ikan Bakar pun ada...." Putera mencelah. Matanya sudah membulat memandang hidangan di atas meja.

"Wow....! Ikan bakar dengan petai...Dah lama Mastura nak rasa ni."

Hannah menyiku Mastura yang duduk di sebelahnya.

"What?"

"Are you mad? Benda tu berbau la...." bisik Hannah. Dia rasa hendak menjerit melihat hidangan atas meja. Ikan terubuk dan ikan siakap bakar kelihatan berasap. Baru dihantar barangkali. Ada juga hidangan makanan laut seperti ketam dan udang.

"Yang ni, khas untuk Uwais. Ikan patin masak tempoyak....betul tak?" Mak Ngah Suria baru sahaja meletakkan semangkuk besar gulai itu.

"Hah, yang ini....Suri masak ke?" tanya Pak Ngah Halim pula.

"Yalah bang...Saya buat khas untuk menantu kita ni hah!"

"Terima kasih mak ngah. Susah-susah aje." Uwais berbahasa.

"Apa pulak susah...bukan selalu...! Lagipun, mak ngah excited pasal inilah first time kita buat makan malam keluarga macam ni.... Biasa tu, ala French la, Italian, Mexican....muak jugak...Kan bang?"

"Betul tu....Hah,Sara... boleh makan ke makanan ni semua? Kalau tak sesuai...don't worry, sebab abang ada order spageti dengan pasta."

"Isy...apasal tanya Sara pulak? Sara dengan anak-anak tak kisah, bang. Kami ni pun orang Malaysia jugak..." Mak Usu Sara menjawab.

Hannah sekadar mendengar. Apasal aku rasa diaorang ni macam sindir aku aje?

"Sudahlah...kalau sibuk bercakap aje, nanti sejuk pulak makanan ni...Hah,Putera...kamu baca doa makan."

"Errr...saya ke tuk?" Putera buat-buat terkejut hinggakan adik-adik sepupunya yang masih kecil ketawa melihat gelagatnya.

"Isy budak ni...main-main pulak dia."

Putera menyengih sahaja. Dia segera menadah tangan. Begitu juga yang lain. Selesai baca doa, mereka menikmati makan malam itu dengan penuh selera kecuali....

"Sayang, kenapa tak makan?" tanya Uwais dengan suara penuh romantik. Hannah memandangnya. Uwais senyum walaupun ketika itu pandangan Hannah seperti mahu menelannya. Senang untuk dia faham pandangan itu membawa isyarat, "don't call me sayang!"

"Haah...kenapa,Hannah? Kamu tak selera dengan lauk-pauk kampung ni ke? Kan ada seafood tu..."tegur Tan Sri Idris.

"Tak delah,tuk ayah...Hannah dah kenyang."

"Owh...."

"Kenyang ke diet?" tanya Putera.

Hannah geram pula dengan perangai Putera yang sudah sebijik macam abang iparnya.Aku sumbat mulut dengan crab baru tahu...! Kenapalah korang tak perasan yang aku tak boleh bau tempoyak? Dah tu....letak mangkuk tu betul-betul depan aku. Gulai ikan sungai pulak tu...! Eee...

"Sedap gulai tempoyak ni, mak ngah. Sama macam yang mak saya buat."

"Ya? Hah, kamu dirumah macam mana? Hannah ada masak gulai kampung ni semua?" Mak Ngah Suria menyoal. Hannah yang baru menjamah sesuap nasi tersedak. Mujurlah sempat ditutup mulutnya. Uwais segera menghulurkan minuman kepadanya. Hai....terkejut ke?

"Kadang-kadang ada jugak," tipu Uwais. Takkan dia hendak berterus terang yang Hannah tidak pernah sekalipun memasak untuknya? Kalau ada memasak pun, spageti atau pasta....Kadang-kadang Hannah makan salad sayur-sayuran sahaja. Dah macam vegetarian pulak aku tengok. Nasi? Dia rasa sepanjang dua minggu tinggal bersama, inilah pertama kali dia nampak Hannah makan nasi.

"Ya ke? Sejak bila pulak Hannah pandai masak masakan kampung ni?" usik mak usu. Wanita itu senyum penuh makna.

"Hannah belajar dengan mak Abang Uwais, mak usu...."jawab Hannah.

"Ooo...baguslah..." Hannah rasa lega bila mak usu seakan percaya. Tidak fasal-fasal pula mak mertuanya yang tidak tahu apa-apa dikaitkan.

"Malam ni, tidur sini ajelah Uwais ya? Esokkan hari minggu...Tuk ayah nak ajak kamu pergi memancing di kolam ikan. Hah, nanti bolehlah kamu bawak hasilnya tu pada mak kamu..."

"Wow...! Best tu tuk. Bolehlah Putera join sekali..."

"Fateh pun nak jugak...."Anak Mak Usu Sara yang baru berumur enam tahun itu turut bersorak seperti Puter.

"Tidur sini?" Hannah spontan bersuara.

Tan Sri Idris mengerut dahi. "Kenapa? Kamu dah ada apa-apa rancangan ke?"

Dia memandang wajah Uwais yang hanya berdiam. Tidur sini bermakna aku kena tidur satu bilik dengan mamat ni? Naik satu kereta pun aku tak nak, inikan pulak satu bilik dengan dia? No way!!!

"Boleh, apa salahnya, tuk ayah...Lagipun kami tak de apa-apa rancangan minggu ni... kan sayang?" Uwais bersuara.

Hannah rasa hendak sahaja dia cubit paha Uwais yang duduk di sebelah kanannya itu. Sesuka hati aje buat keputusan ek?

"Emmm...mestilah. Lagipun dah lama Hannah tak tidur sini...." Namun kerana menghormati tuk ayahnya itu, dia terpaksa turut bersetuju. Terpaksa, ya!

"Eloklah tu." Tan Sri Idris senyum puas hati. Mulanya tadu, dia sedikit kecewa dengan reaksi Hannah. Entahlah, sebenarnya dia masih bimbang kalau-kalau Hannah masih marah kerana terpaksa mengahwini Uwais, tetapi melihat pada kemesraan kedua-duanya, perasaan syak itu mula hilang.

------------------------------------
"AWAK memang nak ambik kesempatan, kan?"

"Kesempatan apa pulak ni?" Uwais memang tidak faham dengan maksud Hannah. Ketika itu mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang. Memandangkan Pak Ngah Halin sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di Melaka, mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu. Kuantan dan tempat tinggal mereka bukannya dekat.

"Tak payahlah buat-buat tak faham. Awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya, kan? Sebab tu awak setuju sangat bila tuk ayah suruh kita tidur sini, kan? Eee...tolonglah! Saya tak de hati tau nak tidur satu katil dengan awak!"

"Ek eleh...perasanlah pulak awak ni...!Saya tahu awak tak sukakan saya, Hannah... tapi saya pun ada maruah. Kalau orang dah tak nak...bukan prinsip saya nak memaksa. Kalau awak tak setuju...saya lagi tak hingin!" Geram pula Uwais bila acap kali dipandang serong.

"Oh...nak tunjuk baiklah konon! Mana ada kucing yang tolak ikanlah!" Hannah merenung sambil mencebik padanya.

"Ada! Siapa cakap tak de? Kalau ikan depan kucing tu ikan masin, kucing gila pun tak nak makanlah!" Uwais semakin hilang kesabaran. Bergetar suaranya kerana ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat.

"Awak jangan melampuay, ya?" Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan masin....Please!!!

"Siapa yang melampau? Awak cakap saya nak ambik kesempatan, kan? Awak belum cukup cantiklah sampai nak menggoyahkan iman saya....Lagipun, tak de istilah amik kesempatan dalam hubungan kita ni. Kalau awak yang tak nak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri, itu urusan awak dengan Tuhan. Dan untuk malam yang kesekian kalinya, awak bersedia ajelah untuk terima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi, Hannah."

Uwais mahu segera keluar. Tidak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang selalu sahaja menghinanya. Kalau haknya sebagai suami dinafikan, dia takkan melenting kerana dia tahu, Allah pasti tahu apa yang terbaik. Setiap yang terjadi ada timbal baliknya. Sakit hati bila Hannah masih dengan perangai angkuh dan egonya yang terlalu tinggi. Langsung tiada sedikit pun rasa hormat kepadanya. Kalau orang lain, mungkin sudah lama Hannah makan penampar!

"Saya takkan tidur dalam bilik ni... Tadi saya planning dengan Putera nak ikut Abang Din pergi tunggu durian gugur di kebun. Subuh nanti insya-Allah saya balik..." Uwais menutup pintu. Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.

Hannah terduduk di katil. Terngiang-ngiang suara Uwais tadi, '...untuk malam yang kesekian kalinya. awak bersedia ajelah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi....' Dadanya berdegup kencang. Dia rasa jemarinya mula menggigil. Begitu sekalikah beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

Tak....aku rasa dia memang sengaja nak takutkan aku.

No comments:

Post a Comment