Green Horizontal Stripe Pointer

Jodoh Itu Rahsia Allah


Kadang-kadang kita tak tahu jodoh kita berada di sekeliling kita. Sebab apa? Sebab jodoh itu rahsia Allah.
Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita kenal dan tak semestinya orang yang baru kita kenal itu bukan jodoh kita. Allah lebih tahu.

Allah menciptakan kupu-kupu itu berpasangan, begitu juga manusia. Allah menciptanya mempunyai pasangan. Tiada yang bersendirian.

Jodoh itu keras bertemu lembut, panas bertemu sejuk, api bertemu air, panas baran bertemu penyabar dan sebagainya.  Lihat? Allah itu maha adil. Di setiap jodoh hambaNya dia menciptakan seorang itu bersikap POSITIF dan seorang lagi bersikap NEGATIF. 

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Perempuan yang jahat untuk lelaki dan juga sebaliknya. -SURAH AN-NUR:AYAT 26

Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta, tak semestinya ada jodoh. Kalau jodoh tak ke mana jua.

Jodoh itu walau dihalang oleh SERIBU makhluk di atas bumi, pasti akan bersatu jua tapi kalau bukan jodoh, walaupun halangannya hanya SATU, pasti tidak akan bersatu jua.

Jodoh itu, larilah ke satu dunia, berenanglah ke satu lautan, terbanglah hingga langit ke tujuh, pasti akan bersatu jua sebab JODOH itu adalah JODOH yang sudah ditentukan di Luh Mahfuz.

Orang dulu-dulu cakap, semakin banyak halangan, semakin besar dia adalah jodoh kita. Tapi jangan percaya 100%. Itu semua ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Tak perlu nak salahkan takdir sekiranya itu adalah takdir awak.

Bila bercakap soal jodoh ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh itu telah ditentukan oleh Allah. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba.

"Jodoh itu rahsia Allah SWT, sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tak akan bersama dengannya."

Walau kita menggenggam kuat kekasih kita, andai dia bukan milik kita, ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai dia tercipta untuk kita, dia akan bersama kita. Itulah namanya jodoh.

Ingatlah, Allah telah menulis nama pasangan anda untuk anda.Apa yang anda perlu bekerja pada adalah hubungan anda dengan Allah SWT.Dia akan menghantar bidadari / bidadara untuk anda apabila anda sudah bersedia. Ia hanya menunggu masa.

Kita hanya boleh berdoa saja dekat Allah supaya dia mendekatkan jodoh kita bersama kita.

Ya Allah, seandainya engkau telah tuliskan dia milikku dan terlahir untukku, dekatkanlah dan satukanlah hatinya dengan hatiku. Berikanlah kebahagiaan antara kami...Agar kesetiaan itu abadi.Amin ya Rabbal al amin!

Di bawah ini ada doa 'Amalan Cepat Dapat Jodoh'. Semoga orang yang nak cepat dapat jodoh boleh mengamalkan doa ini.

*klik jika nak nampak lebih jelas*

Di bawah ini pula adalah doa 'Pendekat Jodoh'. Untuk sesiapa nak dekatkan jodoh dia dengan kekasih dia, bolehlah amalkan doa ni.

*klik jika nak nampak lebih jelas*

That's all! Thanks for reading!

Sincerely,




2 comments: