Green Horizontal Stripe Pointer

13 Rahsia Cinta Lebih Indah

Bismillahirahmanirahim.Hello to world!Hari ni saya nak bagi tips tentang rahsia cinta lebih indah :)

Dalam percintaan,terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian tetapi sering diabaikan.Bercinta sebenarnya bukan pasport untuk kamu difahami tetapi untuk kamu memahami.Ia juga bukan pasport untuk kamu mengambil itu dan ini tetapi untuk kamu diambil.Bercinta memerlukan kamu berkorban dan bertolak ansur,bukan untuk kmau meminta itu dan ini.Ia bukan juga bermakna kamu berkira-kira atau mengukur tetapi untuk kamu mencintai.


Bagi mengukuhkan kepercayaan kamu pada cinta,perlu kamu memahami satu-persatu prinsip tersebut.Mungkin dengan cara ini dapat membuka mata kamu luas-luas betapa indahnya cinta ini dan sebaiknya rebutlah cinta yang ada.Sesungguhnya seseorang itu dalam kerugian apabila hidupnya sepi tanpa cinta.


1Jika seseorang hadir dalam  hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi.jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

ULASAN: Masa akan menentukan segalanya,jika dia ditakdirkan bersama kamu,dia akan kembali.

2 Jangan melarikan diri dari "CINTA" apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.

ULASAN: Hargai orang yang menyayangi kamu,bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita.Dan yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

3 Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.Jika kamu merasakan sesuatu itu akan membuatkan kamu bahagia,maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,mungkin tiada lagi peluang kedua.
ULASAN: Masa tidak menunggu kita.Jika kamu rasakan telah bertemu dengan orang yang sesuai,maka hargailah dia,jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja.Jangan bertangguh kerana takut.Cubalah dahulu atau kamu akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

4 Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan kamu benar-benar bahagia.Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai.Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua pula, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
ULASAN: Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

5 Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kamu.Dari kalangan yang kamu pilih  untuk abaikan ialah sebutir bintang  yang sanggup menyinari kamu walau di mana sahaja kamu berada.
ULASAN: Orang yang bersama kamu ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar kamu sayangi.Tetapi ada orang yang dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hati,fikirkanlah.

6 Lawaknya bila kita meletakkan tahap untuk orang yang bakal kita sayangi,tetapi jauh di susut hati,kita tahu orang yang kita sayanagi itu terkecuali daripada tahap itu.(DON'T BE TOO CHOOSY!)
ULASAN: Kita amat kritikal terutamnya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita.Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama.Ia bukanlah terletak pada satu individu sahaja.

7 Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah dan benar-benar layak untuk menerimanya.
ULASAN: Jika kamu bertemu seseorang yang benar-benar menghargai kamu,maka dia berhak mendapat kasih kamu.

8 Menyayangi dan mencintai itu umpama bermain piano.Pertama,kita bermain ikut peraturannya.Kemudian,lupakan peraturannya dan main ikut hati.
ULASAN: Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting.untuk mempercayai seseorang yang kamu sayang dan cintai,kamu mestilah membuat dia mempercayai kamu dahulu.Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kamu.Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kamu dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

9 Apa kata seseorang memberitahu kamu ini,"Saya tidak percaya dengan courtship".Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya menncintai seseorang,maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya.Tetapi ada pula pengecualian bagi kamu,jika kamu mencintai saya,saya akan court kamu selamanya.
Maksud courtship:Mendapatkan perhatian bagi memikat hati seseorang
Maksud court:Sentiasa cuba memenangi
ULASAN: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.Terdapat cinta pandang pertama,tetapi ia masih memerlukan masa bagi satu pihak menyedarinya.

10 Merinduinya apabila dia tiada disisi,mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan.Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kamu kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
ULASAN: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.Adalah lebih baik untuk kamu mencubanya terlebih dahulu kerana jika kamu berjaya,kemenangannya itu teramat manis.Tetapi,jika kamu tidak mahu dan berani mencubanya kamu mungkin akan kehilangan orang yang disayangi dan dicintai selamanya.

11 Kamu tidak pernah kalah serta kecewa dalam mencintai dan menyayangi.Kamu cuma kalah jika kamu suka bertangguh.
ULASAN:  Jangan takut untuk meluahkan isi hati kamu kepada orang yang disayangi dan dicintai.Beritahunya dan biarkan dia membuat keputusan di pihak mereka.Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang kamu sayang betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup kamu.Dengan itu,kamu akan rasa lebih yakin dan puas.Dan kamu akan rasa bangga pada diri kerana telah menunaikan tanggungjawab terhadap perasaan hati.

12 Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu dalam segala kelemahan dan kekurangan diri kamu,tetapi dia masih sanggup menyayangi kamu dengan sepenuh hatinya.
ULASAN: Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan.Jika dia tahu kelemahan dankekurangan diri kamu dan masih sanggup bersama kamu dan lebih menyayangi kamu,maka kamu adalah orang yang paling bertuah!Dia layak mendapat cintamu selama-lamanya.

13 Ruang kosong  di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
ULASAN: Bukalah pintu hati kamu,benarkan orang yang kamu sayangi masuk,jangan ragu tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

8 comments: